Monday, 29 March 2010

Pre Marriage Course

Dalam Bahasa Melayunya.. Kursus Pra Perkahwinan. Orang yang bakal mendirikan rumahtangga, yang bakal berkahwin itu diwajibkan mengambil kursus pra perkahwinan sebelum bernikah. Kursus cuma 2 hari, from 8-5, macam waktu pejabat. Tak ada exam or pop kuiz, hanya dengar penceramah berceloteh saja. More to preparation before you getting married, the procedure and a bit about financial and health.

Orang yang hadir kursus ramai juga, nearly 100 people. Dapat juga kawan baru tapi kenal dan lupa masa itu juga lah kan hehe.. Rata-ratanya memang orang yang tinggal berdekatan. Paling jauh my big boy agaknya. Plus, dia cakap semua orang pandang dia macam tak pernah nampak orang. Kena dua kali toleh. I cakap, memang lah, atas dahi tu ada tulis I'm from KL kot hehe.. Dia balas, tak.. diorang cakap 'Ish, hensemnye dia ni, bertuah betul tunang dia'.. huh! Ye lah tu kannnn.

Ada sesetengah penceramah tu agak mem'boring'kan, ada tu yang buat lawak memang ketawa saja lah most of the time. Hilang mengantuk, especially lepas lunch. Kebanyakan penceramah yang dijemput, dari pejabat agama daerah dan orang Jawa. Hehe.. Jadi, ada lah sesetengah lawak itu dalam bahasa Jawa kan. Orang yang tak faham, buat-buat faham dan sama-sama gelak. Lawak-lawak pun info yang disampaikan tetap ada dan kebanyakkannya memang pengalaman sendiri. So, diceritakan semula untuk peringatan semua orang.

Banyak ilmu yang kami dapat dalam masa dua hari tu, yangang sememangnya patut dijadikan panduan untuk orang yang bakal berkahwin. Even though I pernah berkahwin, tapi dah lama perkara tu berlalu dan memang ada yang lupa dan tidak dipraktikkan setelah berkahwin. InsyaAllah, harapan dengan bakal suami yang baru semuanya dapat dilakukan dengan baik. Siap beli buku Ustaz Ismail Kamus tu lagi. Bagus buku tu, banyak topik menarik yang boleh dijadikan panduan. Tak mahal pun, RM50 saja.

Also, too bad on both days I've got headache. Nasib baik habis first day kursus, pening yang teruk tu jadi bile dah habis kursus. Rasa nak tumbang pun ada, tapi memang dah terbaring pun lepas keluar pergi beli makanan untuk dinner. I thought because of not enough rest and sleep, that's why I senang kena headache. Sebelum ini, tak ada pun macam tu. Maybe sebab umur dah makin nak ke angka 3 series ni tu yang antibodi badan tak berapa kuat sangat. I think now I tak boleh tahan lapar and nak makan nasi sekerap yang boleh. Bukan nak bagi berat badan naik mendadak, cuma nak hilangkan rasa lapar. My friends cakap, metabolisma I tinggi, entah ye entah tidak, I also don't know. My big boy memang suka I makan banyak, ayat dia senang saja.. You won't get fat overnight! Yeah I know.

Friday, 26 March 2010

OMG! It's Friday Again Peeps

F to the R I D A and yay Y.. FRIDAY! FRIDAY! Hehe.. Everyone especially working people are always so excited when it comes to Friday. Siapa tak seronok kan, hari terakhir kerja. Lepas tu boleh berehat hujung minggu, Saturday Sunday.

Tapi this weekend I will be busy attending kursus kahwin. 2 hari pula tu, full day from 8 to 5. It's like I will be working this whole 7 days.. Ughh.. there goes my weekend. Well actually I tak perlu attend pun, I mean AGAIN. Oleh kerana my big boy belum attend, I pun diajak sekali. Plus, he said both of us are starting new family, so we need to do from start and together. Awww.. so sweet!

Lagipun bukan ada exam, just sit there and listen to the lecturers only. Rasanya ada certain time yang I akan terlelap. It's been a tiring and a bit stressful week for me :( but thank GOD the day after is much better. Like today, my paycheck is out.. Wohooo! I can go shopping yeahhhh.

While doing work, I sakan reply forward email with my ex-officemate. Both of them working day shift this week, so I can get in touch with them for free. Betul lah kan, using office facilities. As usual, sakat menyakat berlaku like old times. How I missed it. Situasi semasa di tempat kerja baru 5 bulan (lama lah tu kan isk!), tak sama dengan yang lama. Not that friendly enough, atau mungkin sebab I baru. Oh well, I always have my big boy near me.

Masih ada lagi satu yang tertinggal, my blog title. Why is it so hard to find a good juicy interesting one? I've asked my big boy he said 'According to Mummy'. I've thought so about that. Tanya my small boy semalam, dia cakap my baby mama. My big boy cakap sekarang tengah glamour lagu 'According To You', sebab tu dia pilih tajuk tu. Memang bukan senang nak pilih tajuk blog baru. Rasa boleh sampai pening, sakit kepala fikir. Nanti bila dah pilih, terasa pula tajuk tu macam dah basi. Kalau boleh nak tajuk blog tu kekal sampai bila-bila. My big boy punya suggestion tu, boleh juga dipertimbangkan. Or, just take it! Senang, habis cerita. Tak perlu pening-pening sampai berhari-hari fikir title apa nak letak.

Thursday, 25 March 2010

Changing My Blog Title

I have been scratching my head and searching the internet for a new blog title. Nearly half day! Yes, I dah boring and thinks that I need a new blog title. Stories of Life macam dah semua orang buat as their blog title. Even though bukan the exact title, tapi bila cari memang banyak yang lebih kurang macam itu. Life.

There are a few dalam my list. my baby mama, my fruitheart; Mummy Tell Me A Story; Mommywood, Her Way Of Telling Stories; The King, Queen and Prince; Bitter Sweet Memories; A Story To Remember; According To Mummy. Masih lagi rasa title tu semua tak menarik. Haa, I tahu ada juga yang agree kan.

I like my blog to be pretty, have lots of good information sebab I bukan selalu nak cerita tentang kehidupan peribadi I in detail kan hehe.. Nanti teruk I dikejar paparazzi or mamarazzi or teenagerazzi ke. Or what so ever name you want to call it. Nanti ada stalker pula, tak ke haru biru. Nak juga my blog tu nampak cantik, ini pun baru update background, ada ternampak kat satu blog ni kan so I ambil link dia. Haa, kan dah cantik sikit.. Hiks!

Slowly, I will update my blog, Nak juga dapatkan tajuk blog baru dalam minggu ini.

Wednesday, 24 March 2010

More Massage?

Minggu lepas me and my big boy pergi foot massage di Thai Odyssey OU. Dah lama nak pergi sebenarnya, tapi ada saja perkara yang menghalang. At first, I decide nak half body massagae, tapi penuh. So, just had foot massage.

For 30 mins we have to pay RM40 per person. Tambah lagi RM5 dapat 45 mins. Tap tak boleh lama-lama sebab after that ada appointment. Nanti marah pula future in laws kalau lambat kan hehe..

Orang yang urut perempuan Thai. Agak berumur juga, maybe in her 40's. Sebelum massage, kaki kena basuh dulu. Mesti kena bersih kan, kalau tak dia pun tak nak urut kaki yang kotor. My big boy cakap habis semua daki keluar. Lepas tu, sesi massage bermula.

Mula-mula dia letak minyak aromaterapi tu, sedap juga bau dia. Menenangkan. Tapi lepas tu, bila dia mula urut terasa sakit-sakit. Control ayu lah I masa tu kan, takkan nak tunjuk muka sakit. Berkerut-kerut juga muka I sikit bila jari dia tekan dalam-dalam.. Ouch!Ouch! Dalam hati saja. Kira-kira for each foot around 15 minutes. Lepas dia urut, dia letak bedak lagi kat kaki.. haa bagi gebu kot.

Lepas habis, dia bagi I air apa pun tak tahu, panas.. nak kata teh tak pula air tu warna macam teh kan. Sedap juga, terasa lega badan. Bila tanya my big boy boleh dia kata tak rasa apa-apa. Lelaki tough katanya memang macam tu. Dia cakap yang betul-betul terasa urutan masa dia pergi ke Thai dulu. Itu memang boleh menjerit kalau kena urut. Apa-apa pun, my leg tak rasa lenguh dah.


Dan hari ni rasa badan dan kepala mula lenguh dan sakit sengal-sengal. Adakah akan pergi untuk kali kedua?

It's Just Not My Day

Yesterday was a not a good day for me. At work, cannot login to this one application Citrix. Lebih kurang 4 jam macam tu, my colleague try untuk solve tetap tak boleh. Rasa macam nak tertidur pun ada, tunggu lama punya pasal. At last, forward to next specialist team to investigate. Buat sementara, pinjam access ID orang lain. Sampai hari ni pun still tak boleh guna my ID lagi.

Di tambah dengan my PMS yang datang after lunch hour, dengan mata kuyu macam tak cukup tidur.. sememangnya malas nak kerja. My fruitheart cakap muka ketat. Boo hoo hoo...! At that time, received call from Phillips pasal dia punya home theater. Technician tu cakap, nak repair barang semua dalam Rm450 wohooo! I bukannya marah, masa tu dengan ngantuk, mata kuyu, PMS. plus fikir pasal wedding.. tu yang rasa macam serabut sangat. All in one time.

My fruitheart call back that technician and cakap tukar certain things saje, and bayar dalam RM250. Ok lah tu I told him. And, after that baru dia cakap, muka I ketat kuasa 2 bila tahu kena bayar mahal.. Honey B pumpkin, my first day PMS lerrrr. Macam lah tak biasa dengan perangai manja I time PMS. Hormon tak betul kan.

Lepas tu kami sibuk cari wedding planner sebab yang ada hari tu telah dibatalkan oleh bakal ayah mertua tercinta. Ada lah few things yang tak berkenan di hati dia tu. Rasa tekanan juga sebab tinggal 185 hari lagi to the big day. Satu apa pun tak siap lagi. Cuma kain nak buat baju saja dah beli, tapi belum pergi tempah. Haaa.. tell me, who's not paranoid?? So now, we back to square one. Dah bagi list some new wedding planner, and up to him to decide. 2 tempat dah booking, and don't know yet the FINAL DECISION! Kalah VVIP nak kahwin ni rasanya. Yang pasti, 25-09-10 is still ON. Yeah!

Saturday, 20 March 2010

For Parents and Parents to Be

This note was given to me by one of my facebook friends.. now I want to share it to all readers of my blog. It's a very good tips and information.. after all sharing is caring.

Ibu bapa adalah antara faktor terbesar dalam menentukan halatuju anak-anak. berikut ada beberapa tips dari Robert D. Ramsey yang boleh kita jadikan panduan dalam menjadikan anak-anak kita antara yang outstanding berbanding rakan sebayanya..selamat mencuba!

1. Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik - bila anak kita dipanggil dengan nama yang tak baik, atau nama dah baik tapi bagi pulak gelaran yang tak baik, itu akan menyebabkan anak jadi malu dan rendah diri. Apatah pulak kalau yang memanggil nama tak elok tu mak bapak sendri. Lagi la malu kan ? Dalam Islam pun sangat digalakkan kita bg nama yang baik untuk anak-anak.

2. Berikan anak anda pelukan setiap hari - ada kajian yang menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk. Bila kita peluk dia setiap hari esp seorg mak, anak kita tau yang kita sayangkan dia. Dia akan tau kita akan jadi penyokong dia paling kuat. Dia akan sedar bahawa kita sentiasa ada jika dia kurang berjaya. Emosi dia akan terbela.

3. Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang - pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran. Memang la ada masa kita perlu marah tapi jgnla buat muka marah sampai kawan tu takut nak dekat dgn kita langsung. Kesian kat budak. Namanya pun budak…

4. Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan - Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya. Bila tiap kali kita hargai dia, dia akan rasa nak buat lagi dan nak buat lebih baik lagi. Ini la namanya motivasi…

5. Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan - mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap. Sebenarnya mereka akan belajar lebih banyak lagi dari kesilapan yang mereka lakukan.

6. Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah keluarga - Bila ada masalah eloklah kita selesaikan masalah keluarga yang terdahulu. Kerana, seseorang tu akan lebih tenang kalau takde masalah keluarga. Anak-anak perlu diberi keutamaan kerana mereka sedang membesar dan proses ini akan terus berlalu dan tak akan kembali jadi janganlah cemarkan keperibadian mereka dengan sikap mementingkan diri kita.

7. Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh - Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban. Ini akan menyebabkan mereka menjauhi kita. Kalau kita tak mau sunyi di hari tua, jgnlah sunyikan mereka pada usia muda mereka.

8. Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap. Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap. Seronok sebenarnya layan bebudak bercakap. Adik saya pun dalam kategori budak lagi, kalau sesekali layan dia cakap rasa mcm kelakar. Saya penah jumpa dgn kawan anak saya umur baru tiga thn tapi mulut boleh tahan, rasa mcm tak logic je tapi seronok. Ala, mcm aznil Tanya budak tu, Tiger Wood berasal dari mana,pastu budak tu jawab Zoo… untuk kita sendiri, ini adalah satu hiburan yang takleh dibeli di tempat lain.

9. Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya - ada masa-masanya mereka akan gundah gulana. Ada masa mungkin diorg berselisih dgn kawan. Ada masa mungkin dia dah tercederakan jiran. Jadi, kita bantulah sedaya kita supaya mereka tidak rasa sendirian dalam menyelesaikan masalah yang bagi kita kecik tapi tu mungkin masalah mega bg diorg.

10. Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri . Mereka akan menirunya. Jgn kita sendiri kelam kabut bila ada yang menimpa. Jgn kita tunjuk yang kita gelabah. Be cool!! Setiap masalah yang telah Tuhan takdirkan pada kita ada penyelesaiannya. Jadi, jangan gelabah.

11. Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya . Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. Anak-anak yang dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain.

12. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali- ade sesetengah budak kene byk kali ajar, baru dia faham. Mcm anmum punya iklan tu..Wardina tunjuk byk kali baru anak dia faham. Anak saya sendiri dalam satu hari ntah berapa kali dia tunjuk kat mata dia suruh saya sebut eye, tunjuk kat telinga suruh sebut ear. Jgn marah sbb kalau marah nnt terbantut la proses pembelajaran dia.

13. Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka . Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri. Bila saya baca ni, rasanya tak salah la saya selalu pimpin tangan anak-anak even dalam rumah pun. Bila nak ajak dia bangun je, saya hulur tangan. Even nak kedapur pun untuk bancuh susu diorg. Kalau kat luar mmg lah sah-sah pegang sbb saya jenis serabut perut takut anak terlari tgh jalan ke.

14. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka - jadilah pendengar setia mereka. Kalau pasangan kita mimpi pun apa salahnya kita dengar. Best hape dengar cerita dari mimpi. Mcm drama tapi takde skrip, takde director, dan takde siaran ulang tayang.

15. Hargailah permainan kesayangan anak anda . Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

16. Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam - biasakan ajar dia salam kita sebelum lena. Cium dahi diorg esp maknya..mcm cerita omputeh kan selalu dia gi bilik tidur anak dan selimutkan diorg.

17. Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna . Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa. Ada masa anak kata papa ni garangla.. tu sbnrnya dia menegur so, ubahla. Jgn jadi too perfectionist pada anak-anak2. nnt mereka rendah diri.

18. Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga. Dan mereka juga akan terasa kurang kasih sayang bila kita mengadap benda lain. Kalau anak-anak dah sekolah, biasakan tolong mereka siapkan kerja rumah, atau kita sendiri bg latihan dan perati setiap hari peralihan dia belajar dari satu topik ke topik. Bantu dia belajar lebih dari yg cikgu dia ajar.

19. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri. Hoo..seram. tapi ada betulnya. Buatlah sesuatu supaya mereka tak menjauh dari kita. Semoga kita tidak sunyi dihari tua kita.

20. Anak-anak juga mempunyai perasaan seperti anda . hargailah perasaan mereka supaya mereka juga menghargai dan memahami perasaan kita.

Apapun, saya mengharapkan semua yg membaca akan dapat manfaatnya. Sama2 la kita berdoa agar anak-anak menjadi penyejuk mata dalam kehidupan kita dan sebagai penenang hati didunia dan dan akhirat kelak.

Big Boy's New Interest

My big boy a.k.a my fruitheart got new interest. Running!! Hehe.. yesterday after working, we went to Tasik Titiwangsa. It's a well known recreation place for KL people. Masa kami sampai dah ramai orang yang jogging. Tak kurang juga yang bawa anak-anak ke playground. Oleh kerana jauh and lepas waktu kerja, that's why I didn't bring my small boy. Kalau tidak, he's the most excited among the 3 of us. Playgound lah apa lagi kan.

My big boy is inspired by Men's Health Magazine that will be organizing 'The Men's Health Night Run'. It is happening on the 31st July. Jadi, my big boy ada lebih kurang 4 bulan untuk training and prepare. As usual, i'm his motivator, cheerleader, moral support, advise.. etcs. Hehe.. itu semua memang I boleh buat, but to run sorry it's a no no. Tiada kerajinan unless paksa I bersungguh dan marah I baru I buat kot. Tapi, my face moncong saje lah nanti kan.

Yesterday, my big boy had set to run 3.2km in 24 minutes for a start. And, yay he made it. Berpeluh-peluh macam mandi. Kalau maintain larian, and every weekend excersice.. insyallah he will be prepared to run. All this while also, he had start to workout and went to the gym. Orang nak kahwin kan, mesti nak badan sihat dan cergas. No double meaning yeah.

Lepas tu memang boleh lah nak dapat tummy 6 pack. Wohoooo!! I likeeeee.. Eh eh I pula yang teruja lebih. Hik hik.. Well, siapa yang tak suka bila buah hati yang cute, handsome, macho, badan tough with 6 pack tummy kan (terlebih sudah memuji ni) Nak tayang body di beach nanti masa bulan madu pun boleh. Ye ke boleh? Nahhhhh.. for me eyes only. Mesti lah kan, mana boleh everyone tengok, especially all the single ladies (sebut ala-ala Beyonce).

P/S: That's the quick intro pasal budak baru nak belajar marathon.

Wednesday, 17 March 2010

When I Was A Kid

When I was 8 years old, my family moved to Penang. Sedih betul masa tu sebab nak berpisah dengan kawan-kawan yang kenal sejak kecil. And, there's one girl who is still keep in touch with me until now. That is because our father are freinds. Macam kena culture shock, new environment, new neighbourhood, new friends.. And, yes new languange. I kena belajar loghat utara. My God, kalau lidah bertulang agaknya dah patah masa tu.

'Hang ni mai dari mana?'
What is she asking? Dari mana tu of course I know. But HANG??
'Selangor', I jawab macam tu saje.
'Awat pindah sini?' Mak pak hang gheja apa?'
She said it again. Now with awat??
'Kite tak faham ape awak cakap. Hang tu ape? Awat tu ape?
Berkedut dahi I that time.
'Laa dia ni, tu pun tak paham. Mai aku habaq kat hang. Hang tu awak la, awat tu kenapa. Takkan tu pun tak tau aihhh..' memang sangat pekat ok! (I was smiling when I wrote this)

Siap dia boleh tambah:
"Hang kena belajaq, sat lagi depa panggei hang alien baru hang tau. Kami tak mau kawan orang alien ni.'
I was like, HUH!!?? I'm lost in every word!
'Depa??'
'Tak pa tak pa, kami buleh ajaq hampa cakap Penang. Don't worry'.
'Hampa?' Saye tak ade rase hampa pun kalau tak de orang nak kawan kite. Kite ok je.'

Budak tu boleh ketawa sampai merah muka dia.
'Hampa tu awak la.' Dan, dia ketawa lagi.

And, her name was Amy Farrah. Entah di mana dia sekarang. Tapi lepas std 3, kami tukar kelas and we're not close anymore.

Lama-lama seronok juga tinggal di Penang. Mesti lah kan, bila dah tahu tempat, kenal ramai kawan dan yang penting boleh bercakap bahasa diorang kan. Teringat lagi, bila cikgu tanya cita-cita dah besar nak jadi apa. I letak doctor, peguam, pilot, cikgu. Amboi semuanya kerja yang bagus-bagus belaka. Dah nama pun cita-cita kan, jadi letak lah apa yang terfikir masa tu. Nak jadi cikgu tu yang kelakar, sebab I myself lawan cikgu, buli pun ada nak jadi cikgu?? Mimpi lah kan. Don't want to get the same. Remember, what you give you take back.

Masa umur below 12 years old, ada juga rasa nak jadi remaja secepat mungkin dan berangan nak jadi dewasa. Sebab masa tu fikir, bila dah remaja allowance dapat banyak and if dah dewasa, boleh kerja dan dapat duit lagi banyak. Masa tu fikir nak dapat duit banyak je. Tak tahu apa itu tanggungjawab. Budak-budak kan hanya tahu keseronokkan. Nak baju baru, mainan baru.. cakap saja pada ayah, hujung bulan bila dah gaji dapat lah kan. Seronok betul masa kanak-kanak.

Masa tu juga, terjebak dengan cinta monyet. Serious kelakar. Siap boleh bagi hadiah frame masa last day std 6. My God, when I think back about it.. gatalnya! My best friends knew about it because they were there. Bila cerita balik pada diorang, mesti teruk I kena kutuk nanti.

Memory remains.. when I was a kid.

Wednesday, 10 March 2010

Eat A Lot

Rasa mengantuk sangat lepas 30 minit lunch hari ni. Stomach full! Nasi putih dengan ayam paprik, yummy! Kalau dulu bawa bekal nasi goreng, bihun goreng.. lepas 1 jam setengah lapar balik macam tak makan tengahari saje. Tapi yang peliknye, berat badan tak ada pula nak naik ke 50KG.

Lepas ni memang rajin beli lunch, tapau sebab makanan di kedai makcik teow chew tu sedap. Lots of food variety, fresh veggies and affordable too. Yesterday only spent RM5, because I took fish. Damn fish is expensive! I guess, after this I makan ayam saja. Masakan ayam dia pun ada macam-macam. I prefer boneless chicken mayo. Dan yang pasti, I akan ambil samball dia yang sedap itu.

Now I am addicted to Gardenia Butterscotch bread. So soft and delicious. And expensive, RM4 per loaf. I guess 1 week once only can buy, and have to eat like 2 slices a day. Everything that is delicious mesti cepat habis. Makan macam-macam dan banyak, berat badan macam tu juga. Entah tak tahu which part yang membesar. Ooooppsss!

Friday, 5 March 2010

Weekend Gateaway

Last weekend, we went to A Famosa Resort World Malacca. Never been there before, walaupun dulu pernah lalu bila ke arah selatan. Sebelum ke A Famosa, kami singgah Casa Moda Seremban beli kain for my parents, nak pakai on my wedding day later. My small boy didn't know where we're going because I didn't tell him. So, he was not in a good mood after shopping. Kept asking where we're going, and are we there yet.

The day before, I dah cakap dengan my small boy next week nak pergi tengok movie Alice In Wonderland. I'm a Johnny Depp fan! I've been telling my small boy that it's a nice movie, and he will enjoy. I even showed him the trailer. Tapi, my small boy ingat nak pergi tengok movie on that day juga. That's why he's not in a good mood. Kalau I bagi tahu dia nak pergi waterworld, and tunjuk gambar tempat tu macam mana, he will be so excited and will be asking me everyday until the day he finally there.

We reached there around 1PM. It was really hot day. We went to the waterworld only, and the ticket price was not that expensive. RM40 for adults and children is RM35. It's including meals. Sampai sana, memang dah ramai orang beratur kat kaunter. Boleh pula at that time, 1 kaunter saja yang buka. We were sweating waiting for our turn. My small boy dah mula menunjukkan dia excited. Hehe.. After we bought our tickets, we went to the changing room. Ambil pelampung besar for both of them. Dapat juga tempat yang boleh dikatakan menarik. My boys dah terus turun ke pantai buatan tu. Me busy with Mr.Nikon, entah kenapa suddenly tak boleh ambil gambar. Lense not inserted??!! My big boy cakap nak kena hantar pergi service.

At last, boleh juga ambil gambar after I ketuk-ketuk sikit.. hehe. Jangan marah yea sayang. After a while, we ate and then go to other places. Arabian Castle, Chinatown I think it's name.. and they went to family raft. We had so much fun. The only thing yang I tak suka, people smoking and throw the ciggie butt sesuka hati!! Come on, dah lah orang tak pakai selipar. Kalau budak-budak terpijak tak ke sakit kaki. Plus, I can't find any NO SMOKING signboard at all. How sad. Ada yang sambil mandi, dukung anak sambil smoking. So not healthy and DANGEROUS! I have the feeling it may be the first and last time we went there.

We left at about 5PM. We had dinner at Port Dickson and ate at the usual place we've been before. And that also will be the last time we went there. Ikan pari bakar rasa macam minyak gas. Terus pening my big boy, kesian dia. Pulak tu, total all RM50. Mahal betul. Order 3 jenis lauk in small portion and nasi goreng ayam for my small boy. Ikan pari was RM27!! dah lah tak sedap.

Reached home around 9PM. My big boy reached home at 11PM, jauh betul dia drive. My small boy dah tertidur di seat belakang. Penat sangat, nasib baik kami pergi on Saturday. Kalau Sunday, sure esok tu dia malas nak pergi sekolah.