Thursday, 29 April 2010

Big Boy Is Back

Yay! My Big boy is back.. Betapa gembiranya hati I, berbunga-bunga. Pepatah Melayu baru 'Dalam hati ada taman'. No more 'bleeding' inside.

Haa.. itu baru 4 hari tak nampak muka dia, belum sebulan ke setahun ke. Hati itu ada rasa sakit sikit juga. Paling lama rasanya satu minggu berjauhan dengan big boy. 2 tahun lepas, he went for a vacation with his family. At that time, my big boy demam pula. Kesian betul, pergi vacation tapi demam. Sempat lagi ambil gambar MMS ke buah hati nak tunjuk muka tak sihat dia tu.

Sekarang my big boy makin busy, makin banyak responsibility. Bukan dia minta semua tu datang or diserahkan pada dia pun, it's because of he's talented and the trust his boss gave him. Dari hari Isnin hari tu, 4 hari berturut he went to PK. Tiap-tiap hari sms and call, dapat dengar suara pun jadi lah kan. Itu yang jadinya me and him kurang acencen (attention, perhatian). Acencen tu sebenarnya bahasa my small boy. Bila mama cakap attention, dia cakap acencen. Hehe.. comel kan? Jadi sampai sekarang melekat acencen tu. Apa yang small boy buat, big boy akan mengajuk. So does small boy, apa yang big boy buat if boleh dia pun nak buat juga. Big boy is my small boy idol!

So balik tadi my big boy hantar sampai KL Sentral, sempat lah bagi acencen kan. At first ingatkan nak lepak makan kat Secret Recipe, tahu dah my big boy mengidam spaghetti meatball. Oleh kerana hujan dengan traffic jam, we decided to go home. Weekend boleh dating lagi.

Wednesday, 28 April 2010

Online, Window and Real Shopping

Tak kisah orang panggil apa pun, when it comes to S.H.O.P.P.I.N.G it is always shopping... correct? Terutamanya bila ada SALE, Mega Sale, Mid Year Sale, Year End Sale, Raya Sale.. segala macam sale lah kan, dan yang pastinya akan nampak perempuan!! Lelaki nampak juga, tapi selalu tunggu tepi pintu, duduk di kerusi or pegangkan beg yang penuh di kiri kanan tangan.

Sepanjang kenal dunia online shopping, I dah buat 3 kali. Had bought handbag, blouse and now tudung. It just arrived far from Kangar this morning. Thanks to my friend, Ros. After this, boleh lah I beli lagi. Bukannya malas nak keluar shopping, ada juga keluar selalu kan. Kekadang, tengah surfing internet tu nampak yang berkenan di hati. Terus lah order, tahu-tahu dah pos and sampai.

Bila tengok orang lain sibuk berjinak dengan buat jualan online, teringin nak buat ada juga. Tapi nak jual apa?? Hehe.. oh well, biarlah I jadi pembeli buat masa ini. Kalau ada rezeki and tahu nak jual apa, baru boleh buat kecil-kecilan.

Lunch hour tadi pun window shopping ke Pavillion. Saw the red and purple Zang Toi shoes. I so want it. Sexy you!! Had asked big boy, he said ok but only one. Cannot have both. Hmm... memang ikut nafsu kan?

Monday, 26 April 2010

When I Was A Teenager

Teenager.. remaja, 13 to 19 years old. The best year among all, isn't it?? There's the best thing about it and there's not. Tak best mestilah sebab exam dan homework. Best bila lepak dengan kawan-kawan tak perlu fikir masalah macam orang dewasa.. terutamanya sekarang as I am nearly 3 series huk huk.. Lots of things I have to do on my own and think about.

Nak kata my teenage year best sangat.. emm.. biasa je. 13 years old, masuk sekolah agama stay hostel lagi. Sedih tau, sebab masakan my mama lagi sedap. Kena belajar basuh baju sendiri kira berdikari lah kan. Sampai form 2, tak tahan keluar asrama. Manja kan I. Form 3 pindah ke Jitra, Kedah. Masa tu Jitra bukan macam sekarang, dengar kata dah serba serbi maju. Tak banyak sawah padi. Last I jejak kaki ke Jitra, was masa I nak ambil my SPM certificate. Lama sungguh, bertahun dah. Masa umur ni juga lah, orang kata kalau tak ada cintan cintun, puppy love, cinta monyet bagai tu tak sah kan. I tak terkecuali ok! Kelakar betul bila ingat balik. Orang Kedah and Penang kata, gatai menghela.

Tapi I rasa itu lah pun sedikit sebanyak yang make my teenage year seronok. I tak rasa I ada memberontak, or perangai yang bukan-bukan. Ehh.. mestilah I bukan perasan. I baik tau! Tak caya tanya kawan I Atah, she's my best friend in Kedah, other than Yun and Nuri in Penang. Love you guys so much!

Masa teenage year juga dulu I kenal body hugging, Alien Workshop, seluar londeh yang ada gambar Alien tu. Apa lagi eh, oh yea masa ni I buta internet lagi. So, I don't really know much about it. Nasib baik at this time, Jitra don't have shopping complex like KLCC or Midvalley. If not, my dad would be broke. Seriously, girls at the age of 16 and 17 you know what I mean.

Then after my SPM when I was 18, I went back to Selangor. And that was when I learned to drive, internet, MIRC chatting, KLCC, OU and all. I started my first job and seronok bila dapat my first salary. When I owned my car, lagi besar langkah I. Kancil saja, cukup lah as I am not that tall to drive a sport car or big car. Kalau tidak, I dah beli Satria GTI.. hik hik.. My dad cakap, later all the boys will be chasing me. Oh really?? Nahhh.. I don't think so dad. I think my most memorable and bestest teenage year was when I'm 18-19. Between being an adult and ending my teenage year. Oh well, sweet memories remain.

And, don't want to touch all the bad memories. Let it be there.

Talking about teenagers TODAY, all I can say OH MY GOD! Totally different, more extreme in every single way. Susah nak jumpa teenager yang how should I put it in a understandable word. Hmm.. don't have one. They think that parents don't understand them, but actually they do. Our parents also once a teenager and know exactly what they had gone through. Believe me, I know.

Semua orang tak sama, but in the end parents do know. Like my parents used to say.. just wait until you become a parent, you'll know how hard it is. Oh yes, mom and dad.. you're correct. Kadang-kadang, I wish I can be kids and teenagers again. Nothing to worry about kan, only study, get good grades and exam, lepak with friends. Well, life was never been easy if you make it hard.. hehe

Sunday, 25 April 2010

A Little Bit More About The Wedding

As I said this will be a continuous story, until the BIG DAY.I've bought my Solvil ET Titus! Yay!! I think slogan untuk Titus ni, Time is Love. I took the picture on the website.
Pagi I'm on my way to work, lalu tepi City Chain at KLCC. Yeah, everyday I lalu KLCC pergi and balik kerja, and of course memang best cuci mata. Women!!

I ternampak design baru utk Solvil ET Titus, and on the spot I texted my big boy. 'Ada jam baru kat KLCC', he didn't reply. Only after that when I met him baru dia tanya cantik ke?? Yeah of course. He did asked if i want to buy or not, I said tunggu dulu lah. I rasa macam dah banyak belanja untuk bulan tu. Lagipun tak nampak banner SALE hehe... Harga memang belum cecah ribu-ribu, tapi still a lot of money kan.

After lunch at SAKAE SUSHI.. my big boy tanya lagi sure tak nak beli jam, nanti jadi macam hari tu jam yang berkenan tak jumpa. I was like.. ughhh!! He was right. So we went to City Chain. I showed him the watch I admire. Sales girl tu show few watches yang sejenis dengan jam yang I minat. Nampak macam tak cantik pula, sebab bulat dia besar. Hik hik.. that tells me I should put on weight tapi memang banyak diamond nye. Silau mata, shining gitu.

So masa I tengah try all those watches, my big boy panggil tunjukI satu jam ni. To my surprise, it was the same watch I saw in Bukit Raja. Excited??!! Of course I am! Apa lagi, terus beli jam tu. Tak nak tunggu lagi dah nanti kempunan. That's how I got my Solvil ET Titus.

Now about the venue, FINALLY it has been decided. No no.. it's not at Titiwangsa or dewan Bukit Kerinchi. It's in Shah Alam. And yes, no wedding planner. Semua kelab tu prepare, semua means the dewan, decoration, pelamin and food. Lega rasanya. InsyAllah, majlis nikah is on 25/9 and bersanding on 26/9. I have chose my makeup untuk nikah and sewa kasut. Tinggal tiga barang hantaran lagi belum beli, and nak sewa baju sanding and mekap. Next weekend baru nak pergi Shah Alam untuk survey pula. Seronok!

Thursday, 22 April 2010

Charity at Tasputra

I don't recall if I have ever done any charity work before. Masa sekolah dulu tak kira kan, sebab memang ada aktiviti gotong royong ni. Yesterday, 21st April I with my officemate dalam 10 orang pergi ke Tasputra dekat Ampang. Kami gotong royong kemas laman Tasputra. It's actually a place for special children.

I have been told to bring along lots of tissue, if I hati kecil senang menangis tak tahan tengok budak-budak yang kurang dari segi fizikal. Tapi alhamdulillah, I tak mengalir air mata.. seronok tengok gelagat few kids yang I consider hyperactive and banyak tanya. Plus, we were busy at their garden. All the kids will get a new playhouse and a new fish pond.. yay!!

Sambil mengemas laman, buang sampah, rumput liar semua sempat juga layan budak-budak di situ. Diorang pun seronok tengok kami datang melawat dan bersihkan laman. Siap tanya nama auntie apa? Hehe.. ada sorang girl ni, memang cute muka dia. Tapi tak dengar pun suara dia keluar.. dia macam berkenan kat my big boy. Yea lah kan.. orang handsome. *adehh puji lebih-lebih pula.

Selebihnya rumah dan kolam ikan tu, memang ada landscaper yang akan buat. So, lebih kurang pukul 1.30 we went back to Elisabeth apartment to shower. Baik hati tau boss I itu. Siap dia suruh kami lunch kat pool bar Prince Hotel. Lepas shower, I ordered fish and chips. Tak tahu nak makan apa, nak nasi memang tak ada lah kat situ kan. Dah namanya pool bar. Jai banyak fast food saja. Around 3.30 baru balik office. Phewww.. really tired. Memang confirm pun, all the way back naik ERL I tidur sampai Salak Tinggi. Awal pagi tadi I bangun pun, kaki I lenguh-lenguh sakit.. huk huk.. tapi gagahkan juga pergi kerja. Very dedicated kan.

Saturday, 17 April 2010

The Never Ending Housework

Woman especially those who known as MOTHER, MAMA, MUMMY or IBU has a never ending job that is not been paid. I mean paid with money. It is called HOUSEWORK.

Dua hari minggu ini I duduk rumah melayan kerenah my small boy and mengemas bilik yang rasanya dah lebih 2 minggu terbiar berhabuk merata-rata. Dengan rambut I yang gugur bersepah atas lantai, adoi malu kalau ada orang tengok hehe.. tapi pagi tadi tak pun bangun awal, pukul 10 baru bangun. Apa punya mama lah kan. My small boy understand, his mummy tired. Awal pagi masa dia bangun siap tanya "Mama tak keje ke? Mama cuti? I cakap, ya mama cuti." Then dia terus turun breakfast dengan nenek. See how sporting and understanding he is.

Lepas bangun mandi and breakfast, vacuum bilik sambil tunggu baju dibasuh oleh washing machine.. Then pukul 12 baru I sidai. Nasib baik my mother yang masak hari ini. If not sure kelam kabut. Itu lah salah satu untungnya tinggal dengan ibu bapa. Ada certain things yang ibu bapa kita masih boleh buat. Kalau nak harap I buat everyday all the housework, memang sampai tengah malam I bekerja. Dengan bangun awal pagi, balik dah gelap. Selalu lepas sampai rumah, makan mandi terus tidur. Memang tak sempat nak tengok tv atau surfing sekejap. Cuma kadang-kadang saja if not sleepy. Paling lewat I tidur pukul 10. My small boy memang alhamdulillah 9.30 malam dia dah sendiri pergi tidur tanpa dipaksa. Bagus dia berdisiplin sendiri, tak perlu mama dia membebel. Syukur dapat anak yang macam my small boy.

Kalau dah namanya weekend - Saturday and Sunday if tak keluar ke mana-mana memang petang is my nap time. So adios! Petang nanti nak kena sambung housework, melipat kain baju dan pastinya kalau tidak rajin hari ini, hari esok lepas pukul 7 baru iron baju.

Friday, 16 April 2010

I Wish..

Everyone have their own wish for something.. at the moment for my wedding I wish for.

In my opinion, this dress looks sweet. Simple design. Ada kerawang or labuci or something dekat lengan and bahagian dada. Kalau nak tempah entah berapa pula harganya kan. Tapi kalau beli kain yang tak mahal ribu-ribu, tailor pandai jahit mesti cantik juga kan. Bukan orang tahu berapa harga kain yang dibeli.
Dapat design kasut macam yang di bawah ini pun cantik juga kan. For me yes it's simple, nice and sweet.


Oh well.. I just can wish.

Wednesday, 14 April 2010

History of Fruitheart

I changed it again!!!! Somehow I mimpi the other night yang I tukar my blog title. Tapi I don't remember what I changed it to. So there it is, FRUITHEART.

My history of Fruitheart:
Taken from Malay word.. buah hati whereby buah is fruit and hati is heart. I find it sweet and nice. At first, I was texting my big boy dan dalam conversation kami 'Ala bukan untuk orang lain, untuk fruitheart sy juga.' Spontan I taip perkataan tu. He was like 'Fruitheart??' Buah hati lah tu kan. After that, it became our most used words. Not that I called him fruitheart.. still SAYANG.

Monday, 12 April 2010

Little About Wedding Preparation

Panic button has been pressed! Stressed, kelam kabut, muke tensi, ape lagi.. oh ya.. naik jerawat.. My fruitheart is calm as usual.. tapi dalam hati yang tersenarai di atas mesti ada kann.. Another 166 days more to go!

Last Saturday we met Kak Ratna from Perfect Day Planner. Dia bagi presentation about the everything and budget of course. I like her, she's very professional and presentation dia very detail. Cuma a bit high on the figure. Things yang tak included dalam service dia are baju bersanding, make-up, dulang hantaran. We've decided yang itu kami akan cari sendiri.

So after lunch with my FPIL (future-parents-in-law), we went to Pertama Complex nak tempah baju nikah di Amin Jauhary. At first ingatkan tutup, tapi diorang tengah kemas kedai untuk dipindah kan ke tempat baru, condo Amin Jauhary di Jalan Kuching. Rasanya memang lagi dekat dengan area rumah my big boy. Nasib baik tempahan masih dibuka. Tempah my baju is RMXXX, haaa.. baru terperasan bila my big boy cakap total harga my baju nikah is RMX.XK. Kain tu saja dah RMXXX, so campur dengan tempah.. kan ke memang harga itu. Memang mahal kata dia. My big boy punya mandarin suit pun dah tempah, harga around RMXXX gak.. we admit it's over our budget. Sungguh seronok menempah dan membeli, sampai budget pun tak ikut. Ini namanya shopping ikut hati.

And then, we went to buy my big boy punya jam untuk hantaran. Swiss Army! I know you know how much is the price range. As for me, I nak juga my Solvil ET Titus. Itu lewat sikit beli pun tak apa. For photographer, tengah tunggu quotation from my friend - Piiown. Dia lagi sibuk, baru balik dari Kedah bercuti setelah sekian lama tak bercuti. Mana tak nya, every weekend dia jadi photographer.. jadual memang penuh. According to him setakat ini, date 25/9 tak ada lagi orang booking. Hopefully I can get an affordable quotation and within my budget from him.

Before we went home, singgah Gulatis beli kain untuk pengapit and my big boy's brother and sister. Pening juga nak pilih warna yang suit dengan theme and baju bersanding/nikah.

Monday, 5 April 2010

Over The Weekend

This is a summary of activities and things I've done during weekend. Hehe.. punya lah malas nak update after each activities. Dah tentu balik lewat malam plus mengantuk zzZzzzz itu lagi penting.

On Saturday me and big boy pergi PWTC sebab ada Shoe Festival. Promotion bukan main hebat, berbulan-bulan update keluar TV semua. Tapi kami dilanda kekecewaan.. indah khabar dari rupa. Rasanya we can get that sale discounts kat KLCC Isetan tu haa.. tak ke kecewa namanya tu. Memang ada jenama yang famous tu, Jimmy Choo, Bill Keith.. rasanya dua tu saja yang paling famous. Terkejut tengok harga kasut merah dalam kaca tu, RM200,000!!!! Haa kau, tak tahu lah apa yang ditepek kat kasut tu kan. Nak kata diamond of course akan ada pak guard jaga dengan senapang. Semua orang I tengok dok sakan ambil gambar. Nak upload facebook ke?? Hehe.. Memang dalam mimpi lah kalau dapat kasut harga macam rumah semi D itu. Big boy pun kecewa sebab actually niat nak cari kasut dia untuk nikah nanti. Kesian my big boy and nasib baik tak bawa sekali my small boy. Kalau bawa dia, seharian boleh dengar dia merungut penat dan bosan.

Lepas kekecewaan itu, we went to Home Living Fair.. tak ingat full name fair tu. Nak beli something like sofa, katil or kitchen things.. belum ada rumah sendiri kan jadi mencuci mata sekali lagi. Then I ternampak jam yang bukan pelik yea, tapi design dia bukan jenis bulat normal tu. Ada satu jam bentuk burung, memang cantik kalau letak kat hall tengah rumah or dalam bilik tidur kat kepala katil tu. Hmmm.. tapi belum ada rumah and macam-macam lagi yang rasa tak perlu beli buat masa ini. Huk huk.. dua kali kecewa.

Before we went to PWTC, jumpa wedding planner baru. Kak Ratna from Perfect Day Planner. Seronok dengar dia bercerita, and really hope this time jadi lah dengan dia. Amin.. And I am being paranoid out of sudden. Mana tak nya dah masuk bulan April, satu apa pun tak buat. Not even my dress! Now tell me, bakal pengantin perempuan mana yang tak push panic button no 3?? ( I know my big boy will say relax, 'abang' ada) Stressed nya rasa, even though tak ada orang yang buat I stress tapi.. ya I made myself paranoid.

Hari ni Norway still on holiday, jadi I sakan surf nak tempah baju nikah, kasut untuk sewa, make up dan yang I rasa tak ada dalam wedding package tu. Bukan apa, preparation. Lunch hour tadi dah beli kasut my big boy, so setel satu benda. Now, nak cari tailor untuk tempah baju nikah. I am surfing 'Man Kajang'. Nak suruh Rizalman, errr.. mahal kot.

Friday, 2 April 2010

Working Mums or Stay At Home Mums

3 hari berturut-turut I have been working from home. Rasa seronok juga, tak perlu bangun awal pagi pukul 5 dan rushing kejar train awal pagi dan tak perlu pakai office attire hehe.. Dan yang penting dapat uruskan my small boy pergi dan balik tadika.

The most happiest person of course my small boy. He got to see his mommy 24 hours. Nasib baik dia faham dan tak berapa kacau sangat mama buat kerja. Ada lah juga few minutes tu dia datang merengek nak itu nak ini, bak kata my big boy.. nak acencen (attention). Since today is Friday and Norway is not working because of Easter and Good Friday, request pun tak banyak yang masuk. I sempat baca The Star Online. Ada satu bahagian tajuk Parenting yang memang I mesti baca. Terpandang tajuk yang menarik, Mums, stop feeling guilty about working or staying home.

3 years ago I was such a workaholic person. I worked following US time zone, and sometimes on weekends too. If you ask me if I care about my small boy, yes I do care. At that time he was about 3 years old. I was so lucky because I still have my parents to take care of him. Masa tu I rasa I perlu cari duit yang banyak untuk membesarkan my small boy, bagi dia semua yang dia perlu.

I don't want to always rely on someone else for everything and I have to work and get it on my own. It's not easy being a single parent especially single working Malay mother. Dalam culture orang Melayu selalu single mother tidak elok perangainya pada pandangan mata masyarakat. Well, I never care what other people say and I know what I'm doing.

Sekarang ni bila umur dah makin lanjut terasa penat sangat kerja. Ada juga niat nak berhenti kerja duduk rumah jaga my small boy. Tapi logiknya siapa yang nak bagi both of us makan minum pakai semua kan. Meaning to say, belum bersuami laaaa. My big boy cakap even though dah kahwin nanti, I kena kerja. Dia belum bersedia nak bagi I duduk rumah goyang kaki hik hik. Tapi nanti mungkin juga I akan bosan sebab dah pernah kerja then nak berhenti tak tahu nak buat apa pula kat rumah nanti.

Jadi di situ ada juga rasa bersalah, sebab bila kerja entah macam mana nanti rumahtangga. Penat di office 8-5, bila balik rumah kena buat kerja rumah lagi.. memasak, membasuh, mengemas etcs.. Hopefully my future hubby rajin membantu lah yea. Dalm artikel tu pun ada mentioned, stay at home mums is often misunderstood as someone yang tak boleh nak buat kerja selain kerja rumah, or much worse tak ada higher education. Sekarang ni dah zaman moden, mums yang duduk di rumah pun boleh buat duit dengan buat bisnes online. Boleh buat bakery, menjahit, jual tudung, baju ke kan.. macam-macam dah sekarang. And they still have time for their families. Oh how I wish I can do it also.

The article was right, all I have to do is be confident and trust that I what I have chosen for myself is also the best for my small boy.